Menyimpan bukan bergantung pada gaji banyak atau sedikit tapi disiplin diri-Ini tips bijak simpan duit yang ‘last’ ramai yang suka

Oleh NASUHA RAHMAN

Menyimpan duit sebenarnya bukan terletak pada gaji yang banyak atau sedikit sebaliknya ia bergantung pada disiplin diri dan bertekad untuk menyimpan.

Kena faham situasi ekonomi hari ini dengan inflasi yang tinggi apatah lagi dengan gaji yang sedikit tidak sampai 20 hari sudah habis dibelanja tinggal berapa sen sahaja dalam bank.

Jika tiap-tiap bulan kita kena hadap situasi ini sudah tentu bosan dan jika ada yang sabar bolehlah makan megi sebagai pengganti KFC atau McD.

“Tapi kalau gelojoh memang kad kreditlah jawabnya,” tulis seorang pengguna Facebook Hilmi Jailani

Katanya, sebelum jatuh terduduk lebih baik cuba tips bijak menyimpan ini walaupun nampak ‘old school’ tapi inilah yang diamalkan beliau sejak dua tahun lalu, ianya berkesan.

Ikuti tips bijak menyimpan ini yang dikongsi beliau, mudah-mudahan boleh membantu kita menyimpan walaupun sedikit tiap-tiap bulan.

Langkah 1:

Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.

Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Langkah 2:

Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.

Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?

Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

Langkah 3:

Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Langkah 4:

Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?

Langkah 5:

Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.

Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha

Langkah 6:

Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.

Langkah 7:

Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?

Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?

Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.

Baca juga: Terdesak cuba main politik kaum dan agama sempit-Melayu Islam diingatkan tolak Pas PRU15 ini

Baca juga: Dihidang hanya mi kosong dengan sos ikan – Ini sebab pengetua tadika dipenjara 50 tahun