Kuasa tangan rakyat Malaysia semasa melintas jalan raya antara 8 ‘tabiat pelik’ yang kemudiannya jadi kebiasaan seorang wanita United Kingdom (UK) ini.
Alana Dunsmore menerusi saluran YouTube miliknya berkata, kelaziman rakyat Malaysia yang antaranya menggambarkan sikap menghormati orang lain itu tidak wujud di negaranya.
Sehubungan itu, beliau mengamalkan ‘tabiat pelik’ yang dianggapnya apabila tinggal di Malaysia.
Berikut antara 8 kebiasaan rakyat Malaysia yang kemudiannya menjadi ikutan Alana semasa berada di negara ini:
1. Gunakan tangan semasa hendak melintas untuk berhentikan kenderaan di jalan raya.
2. Beratur ketika membeli makanan. Jika di UK, mereka berlalu cari kedai makan lain jika dilihat pelanggan ramai menunggu.
3. Menggunakan perkataan ‘lah’ di hujung ayat seperti “okey lah”, “boleh lah”.
4. Mengulang perkataan sama secara berturutan seperti “terima kasih, terima kasih, terima kasih semua”.
5. Memanggil orang lebih tua sebagai ‘uncle’ atau ‘aunty’ walaupun tiada hubungan persaudaraan. Di UK, tiada budaya panggilan seperti itu, contohnya, “uncle, satu milo ais”
6. Minum milo ais. Minuman ini sangat disukai kerana sangat sedap dan manis.
7. Tundukkan badan sedikit semasa ucap selamat.
8. Banyak makan nasi seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, ada ada bermacam-macam jenis nasi goreng.
Baca juga TMJ nasihatkan Bangsa Johor untuk jaga tingkah laku