Ada orang tua hubungan elok saja – Hanya kerana pasal ini adik-beradik bermusuh

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai berpendapat hubungan adik-beradik lazimnya elok dan baik-baik sahaja sementara kedua-dua orang tua atau salah seorangnya masih ada.

Sebaliknya, perselisihan antara adik-beradik boleh jadi berlarutan diburukkan lagi dengan campur tangan ipar-duai selepas kematian orang tua lantaran berebut harta pusaka.

Itu yang disuarakan warganet sambil menganggap peribahasa seperti air dicincang tidak akan putus sebagai tidak sesuai dalam konteks adik-beradik yang tamak, kedekut atau mementingkan diri sendiri.

“Benda yang saya paling risau bila ibu dah tiada, masihkah dapat berkumpul ?

“Bab harta pusaka, hilang adik-beradik woi. Duit faraid pun rambang mata,” demikian antara kata netizen.

Dalam masa sama, ada yang mengingatkan bahawa sikap membolot harta pusaka mengakibatkan individu tidak disukai lagi adik-beradik.

“Semuanya (permusuhan) disebabkan pentingkan diri sendiri, berkira dan tamak harta pusaka nak bolot sorang-sorang.

“Langsung tak fikirkan adik-beradik. Jadi, bila adik-beradik tak hormat dan tak bertegur sapa, jangan nak salahkan adik-beradik,” tegas seorang warganet.

Sementara itu, Suhaini Hassan berpendapat perselisihan faham itu perkara yang lumrah tetapi permusuhan yang berlarutan akan mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam hidup.

“Jangan ambil hati sangat dengan adik-beradik. Cuba elakkan berkata perkara yang menyakitkan hati tapi hati bukannya sama, kalau sama, senang ‘kan,” kata seorang netizen.

Oleh sebab itu, ipar-duai terutamanya dinasihati agar tidak mencampuri urusan keluarga pasangan suami atau isteri masing-masing demi mengelak mengeruhkan lagi keadaan seterusnya memecahkan hubungan darah antara adik-beradik.

“Selisih faham adik-beradik itu perkara biasa. Yang menjadi lagi rumit apabila orang luar yang masuk campur.

‘Seronok agaknya kalau dapat memutuskan siratulrahim adik-beradik,” ujar Nizana Ahmad Zana pula.

Baca juga Harta si mati tidak akan terus ke AmanahRaya – Ini jumlah wang tunai milik waris yang tidak dapat diserahkan

Baca juga Pelumba MotoGP pun kenal Hairul Azreen ni pelakon