Seorang ibu menceritakan detik mendebarkan dalam hidupnya apabila mengetahui selama ini ada bayi ajaib yang menghuni rahimnya selama sembilan bulan.
Walaupun kedengaran agak aneh, tapi itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Eyka yang kisahnya mendapat perhatian warga maya sejak beberapa hari lalu.
Eyka berkata, dia langsung tidak menyedari ada bayi di dalam perutnya kerana kitaran haid setiap bulan adalah seperti biasa, selain mengambil pil perancang keluarga.
Malam sebelum bersalin, wanita berkenaan memberitahu dia terasa sakit perut seperti masuk angin sebelum muntah beberapa kali. Dia juga berasa sakit perut seolah-olah sembelit ingin membuang air besar.
Bagaimanapun, belum sempat ke hospital, wanita berkenaan melahirkan bayi perempuan di kediamannya sendiri dengan bantuan suaminya.
“Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.
“Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut.
Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami,” luahnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Mengakui terkejut dengan apa yang berlaku, wanita berkenaan turut memberitahu bahawa selama sembilan bulan dia tidak pernah merasa sebarang pergerakan bayi di dalam perut.
Malah perutnya juga tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
“Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
“Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan,” katanya sambil mengucapkan syukur kerana Allag melindungi anak di dalam kandungan sehingga lahir ke dunia.
Baca juga: Wah! Ingatkan naik motor je pakai topi, jawab periksa pun pakai topi