Bukan senang nak jadi juara, ahli keluarga dedah Sofizah ambil masa 20 tahun untuk jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Oleh NASUHA RAHMAN

Bukan senang untuk menjadi seorang juara ahli keluarga Johan Qariah Majlis Tilawah Antarabangsa yang ke-62 Sofizah Mousin mendedahkan beliau mengambil masa 20 tahun untuk menjadi johan.

Salah seorang ahli keluarga iaitu kak iparnya Nani Yaakob mendedahkan Sofizah atau lebih mesra dipanggil Lily mempunyai bakat menyanyi dan mengaji sejak kecil lagi.

Sofizah sangat meminati lagu penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan sering menjadi pilihan Sofizah apabila diminta untuk karaoke.

Menurut Nani, dari umur dia 13 tahun dia sudah mula serius dengan tilawah, dengan mengikuti kelas tarranum, kelas tajwid sehingga berjaya masuk pertandingan tilawah peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

Bukan senang nak jadi juara, ahli keluarga dedah Sofizah ambil masa 20 tahun untuk jadi Johan Tilawah Antarabangsa

“Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.

“So ni cik kak nak share sikit, dari pemerhatian cik kak selama 23 tahun bergelar kakak ipar Juara Qariah Peringkat Antarabangsa-macam mana nak jadi Juara Peringkat dunia,” katanya.

Ini 8 formula bagaimana Sofizah berjaya sehingga dinobatkan sebagai Johan Qariah Antarabangsa baru-baru ini;

1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari universiti. Bermula pada umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambil masa untuk jadi Juara Antarbangsa..

2)Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.

3)Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.

4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk prektis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family- tu memang champion punya level.

5)Passion terhadap impian – dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak 2 dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa.”

6)Support. Dapatkan support dari yang rapat. Sofizah dapat support dari family. Doa mama yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.

7)Apa pun jadi..jalan terus!

Nak cakap pasal dugaan, banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini…haish..Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus…

8) Sanggup hijrah.

Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.

Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi, seorang ibu kepada 2 orang anak.

beliau mengajar Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.

Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.

Selain latihan intensif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.

Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.

 Tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “ Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. 

Baca juga: Pakai niqab tapi mata cantik, Ustazah Asma’ tegur tujuan pakai niqab supaya tidak tarik perhatian orang