Apa sebab orang kaya suka sangat jual rumah? Betulkah kerana faktor pelaburan dan dengan menaik taraf kediaman, dapat meningkatkan status sosial mereka? Atau kerana faktor kewangan? Perkara ini sering membelenggu orang kebanyakan yang tertanya dengan gaya hidup orang kaya.
Namun menurut pemerhatian seorang ejen hartanah, Anne Soon, faktor kewangan bukanlah punca seorang individu kaya menjual kediamannya.
Salah satu faktor adalah sunyi. Ya, sunyi.
Anne berkongsi, dahulu ketika melihat-lihat rumah orang kaya yang mahu dijual, dia selalu tertanya apa kemahuan orang-orang kaya ini kerana mereka bertuah mempunyai rumah besar dan selesa.
“Selagi kita tidak berada di kasut mereka selagi itulah kita tidak mengerti apa yang terjadi”. Begitulah yang dapat diperkatakan mengenai situasi ini kerana menerusi pengalaman Anne sendiri, orang-orang kaya ini tidak mahu rumah yang besar memandangkan anak-anak juga mempunyai kehidupan mereka sendiri.
“Kemasyuran dan kekayaan semuanya bukan jadi keutamaan lagi dah,” katanya.
Kami kongsikan coretan penuh Anne yang dikongsi di Facebook
Dulu saya pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain.
Salah satunya sebab sunyi. Ye sunyi.. Macam orang single bunyi dia. Dulu, selalu naik kereta dengan keluarga tengok sekitar rumah orang kaya-kaya yang nak jual rumah.
Dalam hati saya berkata kata, apa lagi orang ni nak. Rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas lah kalau anak anak berguling guling. Selesa sungguh!
Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua.
Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman lah orang kata. Punyalah luas rumahnya. Bertingkat tingkat.
Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam-malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain muzik, argh! Complete ! Semuanya ada.
Bab dapur tak payah ceritalah. Dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef.
Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air lah orang kata. Seronok kan?
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka
Rupa-rupanya, bila dah meniti usia tua, “kemasyuran, kekayaan” semuanya bukan jadi keutamaan lagi dah.
Keluhan mereka biasanya mesti macam ni; Kalau lah masa boleh diputar kembali, tak nak lah kami rumah besar-besar ni, penat! Penat apanya? Penat nak kemas!
Lagi satu nak privacy tak nak ada orang gaji. So kalau sorang nak handle kemas. Matilanak. Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pula. Tak bersyukur ke depa ni?
Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar-besar semua untuk anak-anak sekali.
Tapi kami lupa, bila dah besar, anak-anak dah ada kehidupan masing-masing. Tak mahunya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni.
Rumah bertingkat-tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua-tua, penat nak turun naik tangga. Sudahnya bilik tetamu kat bawah je lah yang paling selesa.
Dekat dengan dapur, nak makan minum pun senang. Kereta pun kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive?
Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri. Jadi bertambah “lapang” lah depan rumah.
Sekarang kami nak simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara.
Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua. Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.
Ish! Panjangkan keluhan mereka?
Saya yang tadi elok elok nak jadi sekaya-kayanya dah berubah fikiran. Patutlah orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan? Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Ini bukan kata beli rumah besar salah. Terpulang pada masing- asing. Mampu apa salahnya. Begitulah…
Baca juga: Mujahid kekal pertahan kerusi, Ketua WARDA antara muka baharu dipertandingkan di Parlimen Parit