“Kita paling awal buka, kita paling awal yang buang” itulah luahan jentera pilihan raya Umno Arau terpaksa menutup bilik gerakan apabila calon mereka Datuk Seri Shahidan Kassim difahamkan tidak dicalonkan pada PRU15 ini.
Dalam satu video yang di kongsi Utusan kelihatan para petugas jentera parti BN itu sedang membuka semula khemah, mencabut bendera-bendera BN yang sudah dipacak di sekitar bilik gerakan itu.
Kedengaran suara para petugas yang bertegas ‘kami nak Datuk Shahidan Kassim, kami nak datuk seri’ ketika sedang mengemas untuk menutup bilik gerakan itu.
Dalam satu hantaran melalui Facebook Shahidan berkata, tindakan menutup bilik gerakan dan menurunkan bendera BN itu adalah kali pertama dalam sejarah di kawasan parlimen tersebut.
“Malam ini malam kesedihan teramat sangat.
“Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan,” katanya menerusi Facebooknya di sini pada Isnin.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa penyandang Parlimen Arau itu akan digugurkan bersama penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada PRU kali ini.
Berdasarkan rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau sejak Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.
Baca juga: Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat ‘marketing’-“Jika tidak insaf saya doakan perniagaan lingkup”
Baca juga: Rosakkan kolam Deepavali, pemuda dan perakam direman tiga hari
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio