Gagal buat konten dengan Ferrari RM18.5 juta, tak sampai 4 saat dipandu, kereta dah tersagat

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang pempengaruh dilaporkan gagal membuat konten apabila Ferrari RM18.5 juta yang dipinjam telah tersagat sebaik keluar petak parkir.

Dikatakan pempengaruh itu baru sahaja memandu tidak sampai 4 saat kereta mewah tersebut telah tersagat membuatkan beliau terduduk.

Demi menunjukkan kemewahan dan aset konon dimilikinya, malang telah menimpa lelaki dari China itu apabila dia merosakkan bahagian tepi kereta ketika mahu keluar dari petak parkir.

Dalam satu rakaman tular di media portal tempatan menunjukkan pempengaruh bernama Hua Zi itu dilihat duduk dalam keadaan kecewa kerana perlu membayar kos yang sangat tinggi untuk membaiki kereta tersebut.

Kos baik pulih kenderaan itu adalah kira-kira 300,000RMB (RM195,243) manakala anggaran kerugian susut nilai adalah setinggi $2 juta RMB (RM1.3 juta).

Namun Hua Zi sangat bernasib baik apabila pemilik Ferrari itu hanya memintanya membayar kos pembaikan kerosakan yang dibuatnya sahaja.

Dalam masa yang sama Hua Zi juga telah berjanji membayar seorang wanita sebagai ‘talent’ untuk content yag dirakam.

Wanita berkenaan yang duduk bersebelahan dengan Hua Zi di dalam kereta itu dijanjikan bayaran 5,000RMB (RM3,200) sebagai token meskipun konten yang mereka rakamkan itu ‘gagal’.

Daripada kena bayar sewa dengan pelakon, beliau juga terpaksa menyediakan perbelanjaan besar untuk baiki kereta.

Baca juga: DBKL dipohon bagi pampasan kepada mangsa pokok tumbang

Baca juga: Wanita tertinggi dunia terpaksa berbaring guna 6 tempat duduk dalam pesawat