Tidak malu untuk mengaku tidak ada diploma dan ijazah adalah satu kejujuran khususnya kepada calon-calon yang akan bertanding pada PRU ini.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu atau Mat Sabu secara jujur mengakui siapa dirinya yang sebenar dan langsung tidak malu dengan apa yang dimiliki ini.
Perunding syariah Abdel Rahmanov melalui facebooknya memuji sikap Calon PH Pakatan Harapan itu tidak berselidung di sebalik kenyataan.
“Hidup biar jujur, nanti boleh jadi menteri. Jadilah macam Mat Sabu,” kata beliau.
“Dahulu kecoh isu sifu bines memakai gelaran doktor dan dia mendakwa memiliki lebih daripada satu PHD.
“Tiba-tiba universiti berkenaan menafikan sifu bisnes itu memperolehi PHD daripada mereka. Namun kini sifu bisnes itu sudah berjaya memperoleh PHD yang sah.
“Pada musim PRU15 ini muncul dakwaan calon parlimen (parti warna biru) di pantai timur menipu kelayakan akademik dan memakai gelaran doktor perubatan. Dia menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis.
“Rentetan isu itu, ada doktor perubatan upload sijil degree mereka untuk membuktikan kesahihan pengajian mereka. Hairan, ia bagaikan tamparan halus kepada calon parlimen itu.
“Saya tidak pasti kesahihan isu tentang calon parlimen itu. Kita tunggu Caprice atau netizen menjalankan siasatan.
“Pada zaman dahulu memang mudah menipu orang ramai. Namun pada zaman sekarang maklumat di hujung jari. Jika ada orang menipu sijil akademik. Kelak orang ramai akan tahu juga.
“Kita tidak perlu menipu kelayakan akademik. Perhati kisah Mat Sabu. beliau menafikan memiliki diploma atau ijazah. Mat Sabu pernah menyebut;
“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut. Sebenarnya saya dibuang ITM”.
“Mat Sabu tidak malu mengaku tidak memiliki diploma dan ijazah. Tetapi perkara itu tidak menghalang beliau untuk menjadi Menteri Pertahanan semasa kerajaan PH tempoh hari. Padu bukan?,”kata beliau.