Ini baru betul politik matang-Pakcik jentera PRU PH pungut bendera BN jatuh dalam longkang kemudian pacak semula

Oleh NASUHA RAHMAN

Ini baru betul politik matang, apabila seorang pakcik daripada jentera PRU Pakatan Harapaln (PH) bertindak memungut bendera BN yang jatuh ke dalam longkang kemudian memacak semula ditempat yang sepatutnya.

Tular satu video di mana seorang pakcik kelihatan turun ke dalam longkang untuk mengambil bendera BN membuatkan netizen sangat terharu dengan budaya politik matang petugas pilihan raya Pakatan Harapan itu.

Di mana bendera BN yang ‘terkulai layu’ kerana basah jatuh ke dalam longkang, kemudia dipungut seorang pakcik dan membetulkan bendera itu supaya ia boleh berkibar semula.

Kejadian itu berlaku di DUN Behrang yang turut dikongsi oleh calon Harapan Khairol Najib telah mendapat ‘like’ lebih 30k.

Rata-rata netizen terharu denga politik matang yang dibawa oleh Pakatan Harapan ketika waktu berkempen ini bukannya membawa politik sempit.

“Terbaik pakcik, open mainded,” komen Aru Murali.

“Alhamdulillah ni yang kita nak lihat .politik matang pakcik.tunjukkan contoh yang baik buat semua ..jomm pangkah PH,” komen Fidz.

Baca juga: Mengapa ada ahli politik Pas gemar buat fitnah pada PH?