Hilangkan pening rakyat pada 19 November

Oleh NASUHA RAHMAN

Tanggal 19 November mesti dijadikan hari bersejarah bagi rakyat negara ini dengan menyahkan PN dan BN serta menobatkan PH sebagai kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Pilihan Raya PH Negeri Kedah, Datuk Zamri Yusof semasa ucapan beliau di Baling malam tadi berkata, dengan kemenangan PH nanti, banyak masalah yang membelenggu rakyat sejak pemerintahan PN dan BN dapat diatasi.

“Rakyat tidak mahu memeningkan kepala mereka lagi dengan membiarkan kerajaan gagal berkuasa sekali lagi. Kegagalan kerajaan PN dan BN telah terserlah begitu ketara dihadapan mata.

“Kerajaan PH walaupun memerintah dalam tempoh yang singkat selama 22 bulan kita banyak membantu menyelesaikan bebanan serta masalah rakyat termasuklah menghapuskan cukai GST yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

“Semasa PH memerintah rakyat tidak lagi perlu resah dan gelisah seperti zaman BN apabila setiap malam rabu rakyat mulai bimbang dan berduyun-duun terpaksa beratur panjang di stesen minyak kerana bimbang harga minyak naik keesokannya.

Sebaliknya kerajaan PH menstabilkan kedudukan dan menghilangkan keresahan rakyat dengan menetapkan harga minyak sekitar RM2. 08 dan tidak mengikut jejak kerajaan terdahulu yang senantiasa mengubah-ubah harga minyak,” tegas beliau.

Tambah Zamri lagi, PH turut menurunkan kadar tol dari Sungei Petani ke Alor Setar dengan kadar penjimatan sebanyak RM4.10 bagi sehala dan juga lain-lain perjalanan.

PH juga tegas beliau, mengambil inisiatif membatalkan senarai hitam peminjam PTPTN serta memperkenalkan beberapa polisi yang meringankan beban rakyat.

Baca juga: Anwar lebih berketerampilan jika dibandingkan dengan Mahaiddin, Zahid, Ismail sebagai PM

Baca juga: Wanita habiskan 10 juta yen untuk pembedahan plastik, mula sejak sekolah rendah lagi