Heboh cerita gaji pemandu lori mencecah RM10,000 ke RM20,000 sebulan namun mereka yang mendapat gaji RM3,000 ke RM4,000 pula tidak mahu cerita.
Realitinya begitulah apabila membawa lori ini satu pekerjaan yang sangat sukar dan berisiko tinggi.
Isu ‘pilot darat’ ini menjadi bualan netizen apabila ada yang mendakwa gaji mencecah puluhan ribu ringgit sebulan sehingga ramai yang teruja dengan dengan jumlah gaji yang diterima.
Susulan daripada itu, seorang lelaki tampil menceritakan realiti sebenar pekerjaan sebagai seorang pemandu lori.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini seakan tidak bersetuju dengan sikap segelintir pemandu lori yang mencanang satu dunia mengenai pendapatan mereka yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit sedangkan itu bukanlah realiti sebenar yang diterima setiap bulan.
“Gaji RM10k ke RM20k ke hang berceritalah. Yang realitinya boleh ke maintain RM10k tiap-tiap bulan.
“Setahun dapat sekali, cerita satu dunia. Tapi yang dapat RM3,000 dan RM4,000 tiap bulan hampa tak mahu cerita,”ujarnya dalam loghat utara.
Katanya kerja pemandu lori ini ada kebaikan dan keburukan iaitu apabila berlaku kemalangan pengguna akan salahkan pemandu lori kerana mengejar ‘trip’.
“Minta maaf mana yang terasa. Aku bukan nak pertikai gaji orang, tapi aku nak pertikai tak semua benda kita boleh cerita.
“Bukan kita cemburu dengan gaji orang dapat RM10k RM20k tapi kalau orang yang faham, dia tahu kenapa aku cakap macam tu.” katanya.
Baru-baru ini dilaporkan ramai yang tidak mengetahui kerjaya sebagai ‘abang lori’ mampu membolehkannya hidup selesa serta meraih pendapatan bulanan antara RM7,000 hingga RM10,000.
Melalui pendapatan lumayan itu, pemandu lori mampu menyimpan wang serta membeli kereta model luar negara selain memiliki kondominium.