Mengapa belia wajib undi PH? Ini perbandingan manifesto dengan PN, BN

Oleh ARIF ATAN

Golongan belia yang membentuk 58 peratus daripada lebih 21 juta pemilih berdaftar pada PRU15 perlu keluar mengundi pada 19 November ini.

Pengundi berusia 18 hingga 40 tahun ini wajib mengundi Pakatan Harapan (PH) demi menjamin kelangsungan kehidupan dan kesejahteraan pada masa hadapan.

Secara perbandingan, tawaran PH untuk golongan belia jauh lebih baik berbanding janji PN yang ditubuhkan atas nama pengkhinatan dan BN yang terbukti sarat dengan pemimpin ‘kluster mahkamah’.

Bagi penuntut pengajian tinggi, PH menawarkan pemansuhan PTPTN bersasar dengan fokus kepada mahasiswa B40.

Pembayaran semula pinjaman PTPTN pula adalah mengikut tangga gaji.

Bagi mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun, PH menjanjikan inisiatif diskaun Kad Belia yang tiada ditawarkan oleh PN dan BN.

Berikut adalah perbandingan lanjut tawaran PH, PN dan BN:

Baca juga Pas akui PN mungkin bergabung dengan BN selepas PRU15

Baca juga Terima komen negatif juri, Tomok tak salahkan Bob bagi lagu susah