Majlis Penasihat Pakar Parti Amanah Negara (MPP) mencadangkan Raja-raja Melayu supaya menolak individu yang sabit kesalahan memfitnah oleh mahkamah Malaysia daripada menjadi menteri kabinet, ahli majlis mesyuarat kerajaan pusat atau kerajaan negeri.
Tindakan sebegini akan menjadi “deterrent factor” yang kuat untuk menunjukkan rasa benci Raja-Raja Melayu terhadap amalan memfitnah.
Selain itu, menurut Penasihat Umum MPP Datuk Seri Ahmad Awang, akan mengambil tindakan disiplin (menggantung keahlian atau memecat) terhadap mana-mana ahli yang sabit melakukan fitnah oleh mahkamah negara ini.
“Kerana memfitnah adalah satu dosa besar dan sebagai komitmen AMANAH untuk mendidik ahli-ahli parti dan seluruh rakyat Malaysia tentang kebejatan perbuatan fitnah,” katanya.
Beliau juga menyeru seluruh pengundi agar tidak mengundi sesiapa sahaja calon pilihan raya PRU15 yang pernah disabitkan atas kesalahan memfitnah oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.
“Pilihan raya adalah medan demokrasi untuk membolehkan rakyat memilih pemimpin yang terbaik dalam kalangan pilihan-pilihan yang ada. Sewajarnya pemilihan ini berasaskan semangat “Fastabiqul Khoirat” dan “Contestation of Visions and Ideas” secara positif.
“Pilihan raya bukan medan untuk saling aib mengaibkan dan fitnah memfitnah. Perlu diingatkan seluruh manusia diikat dengan persaudaraan Iman dan persaudaraan Insan.
“Kami mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memilih pemimpin yang terbaik, amanah, berintegriti dan prihatin rakyat untuk memacu kemakmuran hidup rakyat seluruhnya.
“Kami juga mendoakan seluruh rakyat menjalankan tanggungjawab kenegaraan dengan tenang dan sabar. Semoga Malaysia menjadi negara yang lebih berjaya, aman dan makmur serta diredhai Allah,”kata beliau.
Sejak pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022, MPP amat khuatir dan tidak senang dengan sikap dan tindakan sesetengah pihak individu dalam parti politik tertentu mengambil kesempatan untuk menabur fitnah, pelabelan dan hukum-hakam yang boleh menyebabkan kekeliruan dan permusuhan.
Firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 191 dan surah al Nisa ayat 9 yang menuntut supaya menjauhi fitnah dan berbicara dengan kata-kata yang benar.
Memfitnah tokoh-tokoh saingan politik dengan tuduhan yang liar tanpa bukti, mempertikai keislaman dan keimanan saingan politik dengan label-label seperti anti Islam, liberal, tidak beriman dan mempromosi homoseksual.
Mengugut penyokong parti politik saingan sebagai ahli-ahli neraka dan memfitnah parti politik tertentu sebagai pro komunis tanpa berani mengeluarkan bukti hatta sekalipun membuat laporan polis.
Baca juga: Hanya kerana ia milik pengasas Apple, sandal kulit lusuh pun boleh terjual dekat RM1 juta
Baca juga: Telinga pekak sebelah lepas turun dari pesawat, setelah lima tahun lelaki ini baru tersedar rupanya…