DAP hormat jawatan PM perlu diketuai orang Melayu, tetapi mestilah Melayu berwibawa

Oleh KIM SYAZIE

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyatakan bahawa parti itu sentiasa menghormati hakikat bahawa Malaysia perlu dipimpin oleh perdana menteri berbangsa Melayu.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pemimpin itu mestilah individu yang benar-benar layak dan jujur untuk memegang jawatan tertinggi tersebut.

“Kita dalam DAP menerima dan menghormati hakikat kepimpinan negara ini perdana menterinya mesti Melayu.

“Tetapi kita mahu Melayu yang berwibawa, kita mahu Melayu yang bersih, Melayu yang jujur dan Melayu yang ada intelektual macam Anwar Ibrahim.

“Cukuplah dengan politik perkauman. Kita gunakan PRU15 untuk memecahkan politik perkauman dan naikkan kerajaan PH di bawah Anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Grand Finale Jelajah Mega PH di Keramat, malam tadi,

Pada masa sama, Loke turut menyeru agar rakyat menggunakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini sebagai peluang untuk membuang politik perkauman sekali gus mengubah landskap politik negara.

Menurutnya, kejayaan mana-mana kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia dan negara yang perlu dibangunkan dan dipulihkan bersama.

Baca juga: Mat Sabu bergegas dari Temerloh ke Parlimen Kota Raja demi lawat mangsa banjir

Baca juga: Pas bayar lebih RM2 juta sejak 2016 akibat kalah saman fitnah, ini senarai 16 fitnah yang dikeluarkan Pas