Tular video lelaki zalim belasah isteri setengah mati, polis sahkan sudah buka kertas siasatan

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam kecoh dengan satu video mengejutkan ramai apabila seorang lelaki didakwa mendera isterinya dengan cara menarik rambut, memukul dan menendang dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Kajang.

Dalam rakaman yang tular, terlihat seorang kanak-kanak berdiri di sisi dinding sambil menangis ketakutan meminta pertolongan agar ibunya diselamatkan.

Difahamkan perakam bimbang untuk menghalang si pelaku kerana khuatir bakal menerima nasib sama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perakam mempunyai pertalian darah dengan si mangsa atau tidak.

Terbaru, pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan sejurus pihaknya menerima laporan berkenaan seorang wanita dikasari berulang kali dan diheret badannya dalam sebuah rumah oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan bekata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.

“Saya boleh sahkan kami terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan juga sedang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Guna wayar terendam dalam air banjir, warga Bangladesh maut terkena renjatan elektrik

Baca juga: 19 November menobatkan Anwar Ibrahim PM10