Bagi penghuni rumah di Kampung Sungai Baru, Nadia Ali, pilihan raya ke 15 ini adalah terlalu personal bagi beliau.
Ini kerana, pengundian kali ini adalah kali terakhir bagi beliau sebelum rumahnya dirobohkan untuk diberikan laluan projek pembangunan komersial.

“This year GE is very personal. Ini tahun terakhir aku mengundi di Titiwangsa sebelum rumah akan roboh hasil kerja kerajaan BN/PN.
“Aku keluar mengundi sebagai rakyat yang disakiti,” kata Nadia menerusi Twitter beliau sambil menunjukkan tangannya yang telah dicelup dakwat tanda telah mengundi.
Nadia adalah salah seorang pengundi dari 80,747 pengundi di Parlimen Titiwangsa.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Titiwangsa mempunyai 80,747 pengundi dan daripada jumlah itu 72.4 peratus adalah pengundi Melayu diikuti Cina (16.5%) dan India (9.5 %) manakala selebihnya lain-lain bangsa.
Kali ini, pertembungan sengit berlaku di antara pembela pemilik tanah di Sungai Baru, Khalid Abdul Samad (Pakatan Harapan) dengan Datuk Seri Johari Ghani (BN).
Kerajaan didakwa telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah penduduk Kampung Sungai Baru yang terletak di sebelah Kampung Baru untuk projek pembangunan komersial.
Pemilik tanah hanya ditawarkan pampasan yang rendah, iaitu antara RM450 hingga RM500 sekaki persegi berbanding RM1,000 sekaki persegi yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk Kampung Bharu sebelum ini.
Nadia serta keluarga dan rakan-rakannya berusaha untuk mengenepikan proses pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.
Pemilik tanah Sungai Baru menuntut agar pampasan yang bersesuai diberikan kepada mereka jika tanah mereka hendak diambil juga.
BACA JUGA Mahiaddin tuntut separuh peruntukan PM sebelum setuju serah kepada Ismail jadi PM
JUGA Doa untuk Malaysia: Ya Allah, lantiklah pemimpin terbaik di kalangan kami
DAN JUGA Isu Kampung Bharu masih jadi keutamaan, ini tawaran Khalid Samad buat pengundi Titiwangsa