Kekalahan tidak akan mematahkan semangat untuk terus berjuang bersama Pakatan Harapan (PH)
Malah kata calon PH Parlimen Tampin, Faiz Fadzil, pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang telah melabuhkan tirainya tidak menjadi pematah semangat meskipun tewas dengan memperolehi sebanyak 22,007 undi.
Tambah beliau, jumlah undi tersebut adalah satu jumlah yang signifikan jika dibandingkan dengan jumlah teras PH di Tampin dimana terdapat peningkatan 8000 undi.
“Perjuangan akan diteruskan bersama PH dengan agenda perjuangan politik nilai yang dibawa dan prinsip perjuangan’ Rahmatan Lil Alamin’ serta visi progresif yang digagaskan oleh AMANAH.
” Kemenangan PH di Tampin dalam PRU ke-14 disumbangkan oleh gelombang rakyat ketika itu. Manakala kekalahan PH pada PRU ke-15 adalah disebabkan gelombang Melayu-Islam di seluruh negara. Sungguhpun begitu pelbagai strategi telah diatur dan kerja keras kempen berhasil dengan majoriti tipis sebanyak 1207 undi sahaja.
“Keputusan ini tidak mematahkan semangat juang yang ada untuk terus berjuang bersama pasukan dan jentera PH di Tampin serta kebangkitan semula bagi membela rakyat terutamanya agenda demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan kemajuan negara,” ujar Faiz.
Tambah beliau, adalah diyakini dengan kebenaran perjuangan yang diperjuangkan dan berpaksikan kepada prinsip kebenaran dan keadilan sosial serta politik nilai kemenangan akan pasti diperolehi.