Kerajaan lebih kuat-‘PH, BN dengan GPS, GRS, Warisan = 143’

Oleh NASUHA RAHMAN

Benda yang paling membimbangkan bila parti menang dengan sentimen agama, perkauman dan fitnah sampai berantakkan satu negara.

Contoh yang kes jumpa pelabur dari Itali, itu pun mereka tanpa segan silu sebar kata ia adalah agenda freemason.

Tak ada satu pun kempen mereka bentang untuk cara tarik balik pelabur ke Malaysia dan nak kukuhkan ekonomi, yang ada dia nak bagi rakyat keluarkan KWSP sendiri.

Ini sangat berbahaya untuk masa depan negara yang mana rakyatnya berbilang bangsa dan agama.

Untuk melihat pada konteks PN boleh tubuhkan kerajaan tapi kena ada BN, GRS dan GPS = 131. Tapi kita kena ingat, ini adalah cerminan kerajaan gagal 17 bulan yang dulu.

Tanpa BN, hanya PN, GRS dan GPS mereka hanya ada 101 kerusi sahaja.

PH boleh tubuhkan kerajaan tanpa BN dengan GPS, GRS, Warisan = 113, tapi ini akan jadi masalah dekat DUN Perak dan DUN Pahang.

Untuk kerajaan yang lebih kuat, kena ada PH, BN dengan GPS, GRS, Warisan = 143, DUN Perak PH MB dan DUN Umno MB

Pahang 41/42

PN 17
BN 16
PH 8
Perak 59
PN 26
PH 24
BN 9

Ianya adalah marriage of inconvinience tetapi terpaksa dilakukan bila kerosakan berkempen perkauman dan agama terlalu teruk dimainkan.

Kalau PH berjaya tubuh kerajaan, perkara yang pertama ialah bentang RUU anti perkauman dan agama di parlimen.

Lepas tu siasat semula mana-mana peruntukkan dan budget yang lulus di luar parlimen, siasat semula mana-mana kes tender yang direct nego, lepas itu baru kita tahu siapa sebenarnya yang Bersih dan Stabil.

Kalau PN jadi juga kerajaan, maknanya BN kena ada sekali dan kita boleh tahu yang 5 tahun lagi akan jadi replika kerajaan gagal 17 bulan.

Dan kalau PN bersama dengan BN, Dun Perak dan Pahang Menteri Besar akan datang dari PN bukannya BN. So BN have more to lose bila bersama dengan PN.

Baca juga: Selepas BN kalah teruk, penyokong hujani FB Zahid dengan desakan letak jawatan

Baca juga: Tiada parti menang majoriti, kerajaan gabungan bakal muncul