Pilihanraya Umum ke-15 telah melabuhkan tirai. Tiada satu pun parti atau pakatan yang mencapai jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Dalam keadaan ini apa sebenarnya yang berlaku.
PN bersma sekutunya mendapat 73 kerusi, PH 82 kerusi dan makala BN mendapat 30 kerusi. Yang lain-lain adalah gabungan parti dari Sabah dan Serawak serta kelompok kecil terdiri dari Bebas dan parti kecil.
Parlimen tergantung dalam keadaan ini. Dalam situasi ini bilangan melepas 111 atau 110 bukan menjadi prasyarat mutlak. Ini telah terbukti sebagai amalan Commonwealth termasuk negara yang pernah mengalaminya seperti Canada, diizinkan di U.Kingdom dan Australia.
Penulis bersetuju dengan pandangan Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Shad Faruqi bahawa dalam situsai ‘rumit’ sekarang pendekatannya adalah untuk menyembahkan pandangan kedua kepada Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong bahawa bilangan angka cukup 112 bukan lagi menjadi elemen untuk melantik Perdana Menteri. Ini terpakai bagi situasi yang sedang berlaku.
PH sebenarnya dari satu sudut telah mencapai satu angka melebihi pakatan atau kumpulan lain. Keutamaan negara adalah kestabilan dan sebuah kepimpinan yang kuat dan boleh kehadapan mengurus negara untuk tempoh lima (5) tahun menyelesaikan isu terdekat ekonomi, industri, pelaburan dan mekanisma berimpak pemulihan negara pasca COVID-19. Ini bukan masa menunjuk ‘hero’ cukup bilang tetapi lebih kepada kompromi mengikut lunas perlembagaan.
Sekiranya ini tidak berlaku, maka negara akan ketinggalan kebelakang dari negara yang pernah berkrisis seperti Kemboja, Vietnam dan akan lebih parah dari Myanmar. Negara perlukan satu pasukan yang kuat bagi keluar dari sempadan keparahan mendatang ekonomi negara, jika kita berhat-hati. Sri Lanka sebagi contoh terhampir kegagalan sebuah kerajaan dan ekonomi.
Banyak senario boleh dicipta bagi keluar dari situasi ini. Pertama, berdegil dengan angka mesti satu kelebihan dari separuh dari jumlah kerusi parlimen tanpa memikirkan kemampuan memimpinan. Sedang kelompok ini hanya gabungan yang tekumpul beberapa kelompok yang lebih kecil, dan diketuai pula oleh kelompok yang tidak mendapat jumlah melebihi satu kumpulan lagi.
Ia ini angka relatif kepada angka 82 berbanding 71. Jadi faktor lain yang lebih penting iaitu melancarkan pentadbiran negara dengan baik, tatakelola baik bukan dengan retorik. Jadi kumpulan 82 lebih afdhal mentadbir negara namun atas perkenan dan titah SPB Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri dan baharulah membentuk gandingan dengan kumpulan atau kelompk yang bersetuju setelah mempertimbangan dasar-dasar bersama yang boleh mancapai kestabilan negara.
Parliment Great Britain mengizinkan perkara ini berlaku; “A minority government is a government formed by a political party that does not have an overall majority of MPs in the House of Commons. A party may decide to govern alone – rather than form a coalition with another party – if there is a hung Parliament, when no single party has a clear majority in the Commons. A minority government needs the support of MPs from other parties in order to pass any legislation.”
Maksudnya, memandangkan PH mendapat kelebihan 82 kerusi dan parti/kelompok terbesar, dan boleh diutuskan atas perkenan SPB YDA untuk mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang tanpa sebarang pembentukan kolisi atau kerajaan campuran. Namun pembentukan kolisi adalah keutamaan selepas dipilih sebagai kerajaan minoriti.
Senario kedua, gabungan boleh dibentuk dengan kelompok terbesar yang mendapat kelebihan bilangan diberikan keutamaan, membetuk kolisi antara kumpulan/kelompok yang menyertai PRU. Gagal dalam urusan ini maka, model kerajaan minoriti perlu di beri keutamaan kembali. Alasannya mudah, mereka mendapat kelebihan jumlah bilangan melebihi dan mengatasi berbanding kelompok lain secara bersendirian (82 berbanding 71 atau 30).
Maknanya di sini bukan program kejar mengejar mengumpul kelompok sokongan, dan terus secara gelojoh membuat pengumuman. Kerana dalam hal PRU-15 Perikatan Nasional tidak mempunyai kelebihan hak mengisytihar pembentukan kerajaan.
Walau bagaimanapun dalam amalan parlimen negara Commonwealth, pembentukan kerajaan memerlukan proses berkaitan persetujuan antara kelompok terutamanya CSA – Confidence Supply Agreement atau undian perundangan (legislative votes) bagi bajet kerajaan (voting for the Government’s budget legislation).
Senario lain, penjanjian politik juga boleh dibentuk oleh parti/lkelompok yang memiliki kelebihan bilangan bagi mempelawa membentuk bersama satu atau diua kumpulan/kelompok bagi mencapai majoriti mudah. Atas perkenan SPB YDA, dimana baginda mempunyai hak-hak dan bidang kuasa tertentu demi keharmonian, kestabilan politik negara, menitahkan kumpulan (dalam hal ini PH) dengan bilangan teramai membentuk kolisi.
Walau bagaimanapun,” the game of the throne’ kelihatan berlaku dikalangan yang tamak berkuasa dan telah terbukti tidak dapat menyelesaikan kemelut pandemik COVID-19, hatta ketika menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara tidak pula memberikan impak kepada pemulihan negara pasca COVID-19. Tiada Impak dari sudut saingan ekonomi global dan serantau, pemulihan sosio-ekonomi-budaya masyarakat terjejas tidak disantuni dan pelbagai keperluan mendesak tidak ditangani.
Adakah BN mahu bersekongkol dengan tokoh yang mereka telah label sebagai Tokoh gagal dan Kerajaan Gagal? Saksikan pertarungan “Game of the Throne” yang akan di muktamatkan sebelum jam 2 petang; 21 November 2022. Seri Paduka Baginda adalah payung negara dan rakyat, sudah pasti baginda mahukan yang terbaik kepada negara dan rakyatnya. Rakyat juga mahukan melalui undi popular dan memberi kelebihan kepada pihak yang mendapat bilangan kerusi melebihi semua yang bertanding (83) diberikan mandat sebagai kerajaan minoriti yang juga menjadi sebahagian amalan Commonwealth.
Nasihat penulis kepada rakan dan sahabat dalam Umno/BN bahawa parti itu akan bakal merudum dan terkubur sekiranya memilih kolisi dan kesepakatan yang salah. Umno/BN akan akan dibenamkan di Perak dan Pahang sekiranya mengambil rakan strategik yang kebulur kedudukan, pangkat dan harta. Berfikir dan bertindaklah untuk negara dan demi negara.
Ampun Tuanku, hamba rakyat mohon perkenan memberikan pandangan untuk negara dan pentadbiran yang lebih baik, berintegriti dan bersih. Kasih sayang dan harapa rakyat kepada Duli Tuanku dan Raja-raja Melayu amat tinggi, Kami mendoakan rahmatNya kepada kebawah Duli-Duli Tuanku Raja Pemerintah.
Baca juga: Anwar tiba untuk ‘meeting’ antara PH dengan BN
Baca juga: Spesis burung kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu, kini ditemui semula