Anwar PM ke-10: Mengapa tidak cuba untuk lima tahun akan datang?

Oleh ARIF ATAN

Melalui kenyataan rasmi dari pihak Istana Negara hasil pertemuan dengan ketua-ketua parti gabungan politik negara, isu pelantikan Perdana Menteri, InsyaAllah ditentukan esok.

Sementara itu, isu pelantikan Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak telah disempurnakan pada hari ini.

Difahamkan di Perak, kerajaan negeri akan terbina antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Mungkin ramai yang sukar memikirkan apa yang terjadi di Perak. Namun, saya teringat kepada kata-kata James Clear, pengarang buku, “Atomic Habits”.

Buku itu menjadi #1 New York Times Bestseller yang terjual hampir 9 juta salinan di seluruh dunia.

Kata James Clear dalam buku itu ialah “everything in life is an invention” iatu “segalanya dalam kehidupan ini adalah reka cipta (menghasilkan sesuatu yang baru).”

Saya ingin meminjam kata- kata Rosamund Zander dan Benjamin Zander bahawa kehidupan ini adalah “the art of possibilty” iaitu “seni kemungkinan”. Kata-kata itu penulis berdua itu abadikan jadi tajuk buku mereka berdua.

Adakah formula di Perak akan juga tercipta di peringkat Persekutuan? والله اعلم, tetapi mengapa tidak?

Ya, ia mungkin bukan suatu yang ideal dan diharapkan oleh ramai pihak khususnya daripada para penyokong PH dan penyokong BN sendiri.

Jujurnya, can we expect to achieve idealism in our life all the time?

Dalam lingua agama, apa yang berlaku ini para agamawan melalui frasa ini “رتكاب أخف الضررين yang biasa diterjemah “the lesser of the two evils”.

Kadang-kala para agamawan juga guna maxim atau kaedah ini iaitu “تقديم أعلى المصلحتين” iaitu “mendahulukan maslahah yang lebih utama”.

Negara sekarang berhadapan senario sama ada kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan PN (yang ada Pas) + BN dan lain-lain atau kerajaan PH + BN + dan lain-lain?

Adakah dengan kempen PN + Pas yang jelas sanggup misalnya memainkan isu agama ke tahap melampau atau ekstrem seperti isu kristianisasi, isu komunisme, tuduhan kononnnya Anwar menghalalkan LGBT, isu menuduh sesiapa yang menyokong BN dan PH masuk neraka, isu sembelih kafir harbi dan lain-lain itu akan membawa mesej yang baik untuk para pelabur di dalam dan luar negara ?

Hampir mustahil para pelabur tidak akan bimbang melihat kerajaan yang ditunjangi oleh PN yang calon PMnya ada sejarah mengkhianati undi rakyat dan ada pula dalam PN parti Pas yang kali ini begitu ramai “tok lebai” yang berada di Parlimen?

Maaf, mungkin kasar tapi itulah realiti pahit.

Negara belum pernah lagi memberi peluang DSAI yang mengetuai PH menerajui negara sebagai PM.

Why dont us give him a try at least for five years to come?

Baca juga ‘Siapa suruh masa kempen PRU lepas kutuk parti lawan sampai tak ingat dunia?’

Baca juga [VIDEO] Steady pakcik! ‘Lip sync’ lagu Swipe dapat 4.8 juta tontonan!