Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Presiden Indonesia menjadi ketua negara pertama yang menghubungi Anwar.
Dalam sidang media pertama beliau, Anwar juga menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang kemudian tular di sosial media.
Perbualan antara Anwar dan Erdogan dapat didengari media serta penyokong yang hadir pada sidang media berkenaan.
Seorang lelaki menggunakan akaun @JatIkhwan memberitahu kenapa panggilan telefon dan ucapan dari pemimpin dunia ini penting.
Dia berpandangan ucapan tahniah dari tokoh dunia menunjukkan keyakinan mereka terhadap seseorang pemimpin.
“Kenapa calls dan ucapan daripada world leaders ini penting walaupun sekadar ucap tahniah?
“Ini menunjukkan pemimpin dunia yakin. Bila pemimpin dunia yakin, pelabur yakin.
“Bila pelabur yakin, ekonomi akan mencanak. Bila ekonomi mencanak, kita akan bahagia,” tulisnya.
Respon pantas Anwar yang berkongsi secara langsung panggilan berkenaan juga dianggap bukan ‘saja-saja’ kerana ia adalah salah satu cara untuk menarik keyakinan pelabur.
“Kamu ingat saja saja nak pamer Jokowi dan Erdogan call? Kedua-dua ini adalah ekonomi besar dunia.
“Kedua-dua negara ini adalah ahli G20 yang merupakan kumpulan negara-negara ekonomi besar.
“Bila Anwar sengaja tunjukkan hal ini, in a way dia cuba yakinkan pelabur dunia. Paham dok?,” soalnya.
Baca juga: “Gue ikut bangga…”- Netizen Indonesia teruja Anwar jadi PM hingga jadi bualan di negara jiran
Baca juga: Hilang kaki kanan, namun lelaki ini berjaya jadi angkasawan