Adakah PN akan bersedia sokong VOC?

Oleh BORHAN AHMAD

Sejak TS Muhyiddin keluar dari istana selepas istana perkenan untuk bertemu dia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), jelas pengerusi PN itu telah beberapa kali menukar naratif dia.

Dia bermula dengan naratif yang dia memaklumkan YDPA bahawa PN tidak bersedia menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH yang disarankan oleh pihak YDPA.

Selepas itu, dia membawa naratif bahawa dia ada 115 sokongan MP untuk dia ditabalkan sebagai PM ke-10.

Dan dia juga meragui sokongan majoriti yang DSAI terima, lalu dia minta DSAI membuktikan yang DSAI mempunyai majoriti. Naratif ini agak lucu jika kita lihat sejarah dia jadi PM selepas pengkhianatan melalui Langkah Sheraton.

Setelah menyedari mungkin naratif yang dia dan PN cuba sematkan dalam pemikiran rakyat itu kelihatannya bukan sahaja tidak begitu menguntungkan dia dan PN malahan dilihat dan dipersepsikan seperti tidak menghormati keputusan dan titah YDPA dan Majlis Raja-Raja, nampaknya naratif terbaru dia kelihatan mula kendur dan dilihat lebih jinak.

Dia dan PN (bersekutu dengan Pas) nampaknya macam dilihat “terkulai” dan “layu” apabila DSAI menawarkan “olive branch” kepada PN untuk turut bersama dalam kerajaan perpaduan yang diterajui DSAI dan PH.

Maka naratif terkini dia dan pemimpin Pas adalah “kami bersedia untuk memainkan peranan semak imbang”.

Naratif terbaru ini hakikatnya sama sahaja dengan naratif “Kami-PN-kena terima hakikat bahawa kami adalah pembangkang secara rasmi” kerana dalam mana-mana peranan semak-imbang lazimnya dimainkan oleh front pembangkang!

Hakikatntya dua frasa itu – “bersedia menjadi semak imbang” dan “bersedia jadi pembangkang” adalah sama dan satu. Ia hanya berbeza dari sudut semantik sahaja!

Mungkin ada yang musykil “jika lagu tu, awat depa-PN- tidak mahu habaq yang depa hanya bersedia jadi pembangkang sahaja?

Saya tidak tahu apa dalam hati depa.

Saya hanya boleh habaq dari sudut pembacaan politik atau dalam bahasa arab depa habaq ” قراءة سياسية”- “qiraaatun siyasiyatun” ada sedikit elemen “saving clause” atau “klausa penyelamat” jika menggunakan frasa “bersedia menjadi semak imbang” berbanding “bersedia jadi pembangkang”.

Mengapa?

Dengan menggunakan frasa “bersedia untuk semak imbang” mungkin option untuk tidak menyokong usul VOC @ “votes of confidence” pada 19/12/2022 nanti dilihat tidak begitu berisiko kot.

Sudah tentu tidak mudah untuk PN boleh give up begitu sahaja bagi melakukan usaha berterusan bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan yang diterajui oleh DSAI. Melainkan seseorang itu naif dari segi politik.

I hate to say this. Law and politics have been in my blood for many years.

Dan suka tidak suka, mungkin sukar untuk PN keluar dari imej buruk pengkhianatan melalui Langkah Sheraton!

Apapun, jika PN jujur untuk menjadi semak imbang @ pembangkang, kita harap depa sewajarnya sempurnakan sahaja naratif depa dengan naratif ini “kami-PN” bersedia menyokong penuh usul VOC ke atas DSAI pada 19/12/2022 ini.

Amacam, boleh ke?

والله اعلم

Mohamed Hanipa Maidin.
26/11/2022.