Dari tebuk atap ke pengadil tambah masa dan alih tiang gol

Oleh BORHAN AHMAD

Mereka yang kononnya pernah mendirikan Kerajaan Melayu – Islam di Malaysia sepatutnya mencerminkan segala yang baik dan jernih sebagai seorang Melayu dan juga Islam.

Malangnya, politik songsang pintu belakang Langkah Sheraton hari ini mempamirkan segala budaya yang jelek dan derhaka baik dari seorang bergelar ulama dan juga seorang pemimpin Melayu.

Penulisan terbaru Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang kelihatan mencemuh tindakan ‘pengadil’ yang konon katanya tidak berlaku adil menambah waktu perlawanan supaya pihak yang kalah boleh di menangkan ‘dengan apa cara sekalipun’. Ini adalah tuduhan yang serius serta biadap.

Sindiran beliau tersebut telah dikecam oleh ramai netizen yang memahami penulisan tersebut merujuk pada penubuhan Kerajaan Perpaduan dibawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja Raja Melayu.

Ada juga berpendapat Haji Hadi menyindir merujuk kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan oleh BN dan PH di Negeri Pahang di atas perkenan Istana Pahang.

Apa sekali pun kedua dua kerajaan tersebut dibentuk mengikut undang undang Negara dan Negeri dibawah kuasa pihak Istana berkenaan.

Penulisan Tan Sri Hadi secara terbuka kelihatan derhaka menuduh pihak Istana tidak berlaku adil dan melanggar, seolah menipu undang undang dan seterusnya mencabar tindakan pihak Istana.

Jika beliau tidak berpuas hati beliau sepatutnya boleh mengambil tindakan undang undang melalui mahkamah dan bukan menghina kuasa dan tindakan Istana secara terbuka dan berlaku biadab semasa pihak Istana sedang cuba membentuk kerajaan yang stabil setelah 32 bulan sebelum ini negara derita kita memiliki kerajaan yang tidak stabil.

Situasi tidak stabil ini tercetus sejak peristiwa Langkah Sheraton cara ‘tebuk atap’ yang Hj. Hadi Awang sendiri akui beliau mulakan dan berlakulah pertukaran 3 Perdana Menteri dalam masa 32 bulan.

Situasi ketidak stabilan politik dan kerajaan serta kenaikkan harga barang makan tidak terkawal lah yang pihak Istana berusha untuk menubuh Kerajaan Perpaduan yang stabil.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin juga telah secara angkuh dan tidak sopan menolak terus cadangan DYMM Yang di Pertuan Agong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan bagi tujuan menstabilkan dan menyelamatkan negara demi rakyat.

Bukankah pemimpin Melayu kerajaan berSultan sepatutnya berlaku tertib beradab serta bersopan apabila menerima cadangan Rajanya untuk kebajikan rakyat ?

Bukankah seorang ulama berRaja seperti Hadi Awang perlu menunjuk contoh akhlak yang baik terhadap Rajanya dan bukan mencemuh Raja sendiri dengan penulisan penghinaan terbuka terdedah pada awam ?

Rakyat berpendapat dua pemimpin bekas kerajaan PN Melayu Islam ini tidak menunjukkan contoh akhlak yang baik atau mulia yang boleh di contohi.

Dua pemimpin yang bergelar Tan Sri, iaitu darjah kebesaran kurniaan dari Yang di Pertuan Agong, tidak menunjukkan contoh akhlak Melayu Islam yang baik terhadap Raja raja mereka untuk di contohi rakyat jelata.

Raja Raja kita sedang berusaha untuk menyelamatkan negara dari ketidakstabilan politik dan masalah ekonomi yang meruncing hasil kegagalan pemerintahan kerajaan PN .

Pihak Raja Raja Melayu telah berusha mengstabilkan ekonomi kerajaan gagal yang sebelum ini bertukar Perdana Menteri 3 kali dalam 32 bulan dimana rakyat menderita.

Pihak tertentu pula yang tidak mampu mentadbir dengan baik memilih untuk berlaku biadab terhadap Raja Raja demi nafsu rakus untuk terus berkuasa.

Bukankah Islam menuntut kita menghormati dan taat serta tidak derhaka pada Ulil Amri sebagai Ketua Negara ?

Pihak berkuasa Polis di gesa mesti segera menyiasat kenyataan Tan Sri Hadi Awang di bawah akta hasutan kerana menghina institiusi Raja Raja Melayu Malaysia.


Penulis adalah Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.

BACA JUGA Pengadil, tiang gol, kera dan tupai…