Mampu hantar wang simpanan RM800,000: ‘Ada yang tak kena kalau gaji dia lebih RM5,000 sebulan’

Oleh ARIF ATAN

Dakwaan seorang pekerja asing mampu menghantar wang simpanan sebanyak RM800,000 kepada keluarganya di Bangladesh nampaknya dipertikai sesetengah netizen.

Antaranya, individu yang mengaku terlibat secara langsung dalam pengurusan pekerja asing yang menganggap TikToker yang menghebahkan dakwaan pekerja warga Bangladesh sebagai hanya untuk membuat ‘content’.

“Tak payah nak membongak sangat. Had penggajian pekerja asing adalah 13 tahun iaitu 156 bulan.

“Kalau simpanan sepanjang penggajian RM800,000, takkan gaji dia sebulan RM5,128++. Dasar penggajian pekerja asing semuanya sektor tak strategik dengan gaji purata kurang dari RM2,500 sebulan.

“Ada yang tak kena kalau gaji dia melebihi RM5,000 sebulan,” tegas Riza Hazriq.

Jelasnya, kerja berlebihan atau OT dengan jumlah jam berlebihan adalah tidak munasabah dan boleh didakwa sebagai perburuhan paksa atau force labor.

“Majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Posting media itu untuk content sahaja.

“Tengok la VTT asal tu. Pekerja warga Bangladesh tu kata tanah dan rumah di negara asal. Fizikal pekerja tu pun tidak menunjukkan dia makan nasi berlaukkan garam dan bawang semata-mata.

“Ini planted content dekat VTT dengan harapan FYP,” ujarnya lagi.

Ada juga berpendapat angka 800,000 itu dalam nilai mata wang Bangladesh.

“Mungkin 800,000 thaka Bangladesh bersamaan RM37,000 kot,” kata Mohd Sukirman Mustafa.

Tidak kurang yang menganggap pekerja asing terbabit menyertai OctaFX.

“Kalau simpan RM4,000 sebulan pun, 10 tahun baru RM400,000 lebih. Mungkin join OctaFX la kot,” ujar netizen lain.

Baca juga Hanya makan nasi lauk garam, pekerja asing ini mampu hantar wang simpanan RM800,000 ke kampung

Baca juga Janji nak lari bogel kalau Anwar jadi PM, aktivis sosial media kini diburu orang ramai