Perut Neelofa nampak lain, ada yang kata beliau mengandung lagi

Oleh NASUHA RAHMAN

Usahawan terkenal Neelofa sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai dalam pelbagai perkara yang dilakukannya.

Terbaru, laman Instagram peminatnya, @lofa.world berkongsi beberapa video Neelofa ketika berada di Brunei bersama suaminya, PU Riz atau Haris Ismail.

Salah satu daripada video yang dikongsi turut menunjukkan Neelofa duduk di atas kerusi roda sambil dikawal oleh PU Riz.

Ruangan komen entri berkenaan dipenuhi pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang membuat sangkaan bekas hos MeleT0P itu sedang hamil.

https://www.instagram.com/reel/Cln4MwnAp3w/?utm_source=ig_web_copy_link

“Firasat kita kata Neelofa pregnant,” usik seorang pengguna Instagram.

“Rasa Neelofa pregnant lagilah, sebab memang perasan perut dia macam besar lately, tapi nak cakap takut silap,” tulis yang lain pula.

“Min jawablah, ramai yang tanya tu,” komen warganet yang lain.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang risau sekiranya keadaan kesihatan Neelofa kini kurang baik.

Apapun, peminat-perminatnya mendoakan agar semua urusan Neelofa dan kesihatannya dipelihara oleh Allah SWT, lapor Muraimy.

Baca juga: Kenapa Anwar jadi Menteri Kewangan?