‘Harga barang naik menggila, gaji tak naik-naik’

Oleh ARIF ATAN

Harga barang makin menggila tetapi gaji tak naik-naik. Rakyat berharap ada perubahan daripada kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersama jemaah menteri yang dilantik, Malaysia memerlukan reformasi sistem untuk keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan.

Aspek kenaikan gaji ketika kos sara hidup semakin melambung perlu ditangani. Di Singapura dan Amerika Syarikat (AS), rakyatnya dilazimkan dengan jangkaan kenaikan gaji tahun berikutnya tidak seperti di negara ini.

Ikuti pandangan aktivis MatGeo yang dikongsikannya menerusi Facebook:

Apa yang membuatkan kos sara hidup di negara ini sering menjadi rintihan ialah isu gaji yang tidak berubah dari tahun ke tahun.

Memang kerajaan sebagai majikan kakitangan awam dan syarikat-syarikat besar mengamalkan kenaikan gaji tahunan yang mengejar inflasi tetapi ramai lagi pekerja syarikat kecil yang tidak begitu.

Mereka menerima gaji yang sama hingga beberapa tahun.

Malah, kita sendiri tidak pernah melihat di media-media tentang berapa ‘expected pay rise’ untuk tahun depan yang boleh dijangkakan oleh pekerja-pekerja di negara kita, seperti yang tersiar di Amerika Syarikat (AS) dan Singapura seperti dalam gambar di atas.

Mungkinkah dengan kerajaan baharu ini segalanya akan berubah?

Contoh kenaikan 3.5% untuk tahun berikutnya akan meningkatkan gaji pekerja dari RM1,000 kepada RM1,035.

Jika saiz ekonomi stagnant dan pekerja meminta kenaikan gaji, itu mungkin tuntutan dari pekerja bermasalah.

Tapi jika ekonomi terus berkembang dan majikan tak beri kenaikan, itu tandanya anda bekerja dengan majikan bermasalah.

Baca juga Kerjasama PH-BN mampu lama tadbir Malaysia, PN telan asap sajalah!

Baca juga Cuba pecah rekod menyelam paling dalam, lelaki pengsan dalam laut