Padah cuba mencuri motosikal berkuasa tinggi milik seorang hakim di pekarangan mahkamah, dua remaja di London akhirnya dihukum.
Kedua-duanya iaitu Deon-Dre Rogers-Barrett, 19, dan Shay Hollis, 18, didakwa cuba melarikan motosikal BMW bernilai 15,000 pound (RM80,949) dari Snaresbrook Crown Court di timur laut London.
Dalam kejadian pada April 2021 itu, seorang lagi suspek tidak dikenal pasti.
Bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar selepas pengawal keselamatan menyedari hal itu.
“Dia juga cuba mengancam seorang pengawal keselamatan yang mahu menghalang tindakannya dengan parang.
“Tetapi, Rogers-Barrett dan Hollis terperangkap setelah pagar premis tersebut ditutup pihak berkuasa,” kata jurucakap polis, Ian Croxford dipetik AFP.
Kedua-dua tertuduh kemudiannya bertindak mencampakkan motosikal tersebut hingga menyebabkan kerugian mencecah ribuan pound sebelum melarikan diri.
Mereka bagaimanapun berjaya dijejaki pihak berkuasa dan membawa kepada penahanan mereka.
Barret dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan, manakala Hollis dijatuhi hukuman perintah penyeliaan selama 18 bulan dan melakukan kerja tanpa gaji selama 12 jam selain diarahkan membayar pampasan berjumlah 500 pound (RM2,698) kepada mangsa.
“Kedua-duanya jelas biadab kerana nekad melakukan tindakan berani mati seperti itu, lebih-lebih lagi ia dilakukan di pekarangan mahkamah,” tambah Croxford lagi.
Baca juga Selepas 24 tahun, Anwar kembali bertugas di Kementerian Kewangan
Baca juga [VIDEO] Steady abang ni, tak takut mandikan ular tedung