Tiga tahun yang sia-sia, setia tunggu teman lelaki masuk minang tapi akhirnya wanita lain yang dibawa jumpa ibu

Oleh KIM SYAZIE

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Begitulah hakikat dialami seorang gadis ini yang kecewa selepas hubungan percintaan yang dijaga selama tiga tahun terputus di tengah jalan.

Kisah gadis ini mula tular di TikTok selepas meluahkan kekecewaannya kerana mendakwa lelaki yang menjadi kekasihnya selama tiga tahun membawa perempuan lain bertemu ibunya.

Perkara itu membuatkan gadis tersebut nekad membawa diri ke tanah suci untuk menyembuhkan luka di hatinya.

“Hampir tiga tahun bercinta, hari-hari menunggu dia (teman lelaki) masuk meminang. Rupanya perempuan lain yang dibawanya jumpa mak,” tulis @frhnjwaaaaa.

@frhnjwaaaaa

hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah 🤍

♬ suara asli – andre – ANDRE

Meninjau ke ruangan komen, ramai wanita yang berkongsi kisah sama mengatakan mereka juga pernah ditipu dengan lelaki berperangai begitu.

Malah ramai juga mendoakan yang terbaik buat gadis ini dan berharap dia terus kuat menempuhi dugaan yang menimpa.

3 tahun bercinta, teman lelaki akhirnya bawa wanita lain jumpa ibu

Baca juga: Wanita patah tulang rusuk gara-gara terbatuk lepas makan pedas, tapi ini pula jawapan doktor

Baca juga: [VIDEO] Pak Nil luah rasa sebak lihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan tulang belakang