‘Epik lagi baju Aina Abdul, kristal ais dah macam Gunung Fuji’ – Orang ramai tak puas hati busana kebangsaan Miss Universe Malaysia

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai dilihat mengecam rekaan busana kebangsaan Miss Universe Malaysia yang kononnya berinspirasikan gunung tertinggi di negara ini, Gunung Kinabalu.

Ada yang berpendapat bahawa pakaian digayakan penyanyi, Aina Abdul pada majlis anugerah hiburan jauh lebih menarik.

“Kalau macam ni susahlah nak menang. Epik lagi baju-baju Aina Abdul pakai.

“Mungkin maksud dia pakaian tahan sejuk bila nak mendaki Gunung Kinabalu. Almaklum puncak Kinabalu tu ‘kan sejuk berais.

“Macam ikan bakar Portugis.

“Kalau tema ikan bakar baru percaya,” demikian antara komentar netizen merujuk pada kostum yang menggunakan fabrik terpakai termasuk poluethylene terephythalate (PET) yang menjadi bahan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan itu.

Lesley Cheam

Dilaporkan Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berwarna metalik itu untuk pertandingan Miss Universe yang dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada Januari 2023.

Kostum hasil tangan pereka fesyen Hatta Dolmat yang turut diserikan dengan perincian batu jemeki itu dikatakan melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu.

Hatta sebelum ini dikatakan mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.

Walau bagaimanapun, organisasi Miss Universe Malaysia memutuskan untuk memilih kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu itu.

Baca juga Sentiasa ada pertolongan Allah – Jangan lupa iktibar dari kisah hari-hari terakhir hayat gadis solehah ini

Baca juga Ban pecah di Tanjong Karang, JBPM maklum hanya hakisan