Pastinya ramai yang membeli barangan secara atas talian kerana ia lebih memudahkan namun satu keluarga dari Auckland terkejut apabila mendapati beg yang dibeli mereka daripada barangan lelong datang bersama dua mayat.
Seorang wanita berusia 42 tahun dituduh membunuh dua anaknya yang berusia lima dan 10 tahun sebelum menyembunyikan mayat dalam beg pakaian yang dibeli oleh keluarga itu namun mengaku tidak bersalah di Mahkamah New Zealand, selepas diekstradisi dari Korea Selatan.
Meskipun tidak hadir semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Auckland, pada Rabu lalu, tertuduh diwakili peguambelanya Christopher Wilkinson-Smith.
Memetik AFP, peguam tertuduh memasukkan dua pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya.
Wanita berkenaan ditahan polis Korea Selatan di bandar pelabuhan Ulsan pada September selepas mayat kedua-dua anaknya ditemui di New Zealand.
Hakim Sally Fitzgerald menetapkan tarikh perbicaraan pada April 2024 selama empat minggu.
Perintah mahkamah turut menghalang media daripada menamakan wanita itu atau anak-anaknya yang sudah meninggal dunia dan tertuduh disahkan ibu kepada dua kanak-kanak malang itu.
Baca juga Bapa politik lompat rasa sedih bila jadi mangsa lompat, kata Khalid