Kejadian tanah runtuh di Batang Kali mengejutkan ramai rakyat Malaysia dan pelbagai gambar dikongsi tanpa ditapis, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mohon semua pihak untuk tidak berkongsi gambar yang mengaibkan mangsa-mangsa terlibat.
Fahmi menegaskan bahawa sebarang gambar mahupun video melibatkan kanak-kanak yang mengaibkan mangsa perlu dielakkan daripada dikongsi di laman sosial.
“Saya sangat sedih kadang-kadang kita bila buat laporan, macam semalam di Tawau, Sabah dipercayai ada insiden bunuh seorang ibu, ada anak kecil berusia 2 tahun.
“Bagi saya video agak grafik ini sangat menyedihkan, saya masih terkesan kalau boleh kita ingatkan pengguna media sosial kita ingatkan kita ada undang-undang dan adab,” katanya.
Semua pihak diharapkan lebih sensitif dan memberi ruang kepada mangsa yang berdepan detik sukar ketika ini dan cuba elak menyiarkan gambar dan nama mangsa terutamanya kanak-kanak.
“Adab kita adab timur kita jaga aib dan dalam insiden amat memedihkan seperti ini saya harap rakan-rakan media juga mainkan peranan mengingatkan, please be careful and extra sensitive, seperti insiden di Batang Kali ini please avoid showing faces, display names especially children.
“Isunya bukan media sahaja pengguna media sosial juga, tolong hormat mereka (mangsa) yang berdepan detik sukar ketika ini.
“Mari kita berikan mereka ruang dan tidak membuka aib sama ada dengan memaparkan retweet atau share gambar-gambar tidak patut boleh menimbulkan fitnah dan salah faham,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
Mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan, Jabatan Penerangan ujar Fahmi telah mewujudkan Pusat Operasi Bencana bagi memberikan maklumat sahih terutama kepada media.