Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) sedang mengawal harga di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam pada sambutan Krismas nanti.
Menteri KPDNKSH Datuk Salahuddin Ayub memaklumkan perkara berkenaan itu di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pusat Media Parlimen pagi tadi.
Menurut Salahuddin tempoh pelaksanaan adalah selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.
Menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember ini, SHMMP Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2022.
SHMMP Krismas 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat di semua peringkat.
Sebanyak 11 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022.
Senarai barangan bagi Skim ini adalah seperti berikut ayam tua hidup (Dikawal di Sarawak), kepak ayam (Dikawal di Sarawak, Sabah dan WP Labuan), daging kambing biri-biri dan import bertulang.
Bagi sayuran pula tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah, dan ubi kentang import (China).
Manakala untuk bekalan makanan bagi bukan Islam seperti babi hidup (Dikawal peringkat ladang), daging babi (Perut), dan daging babi (Daging dan Lemak) dikawal di Sarawak, Sabah dan
WP Labuan.
Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta agensi di bawahnya dan data-data harga barangan yang dikutip oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) dan KPDN.
Baca juga: MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini