Seramai tiga orang lagi mangsa tanah runtuh yang belum dijumpai oleh Pasukan Anggota Bomba yang mencari dan menyelamat di Batang Kali.
Mangsa tanah runtuh yang masuk hari ke tujuh pencarian sehingga kini baru bertemu dengan mangsa-mangsa ke 27, 28, 29, dan 30.
Mangsa-mangsa tersebut adalah dua kanak-kanak lelaki dan perempuan dan dua dewasa lelaki dan perempuan.
Maklumat dikemaskini setakat jam 11:50 pagi, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian tanah runtuh.
61 orang dalam keadaan selamat dan cedera.
Manakala 30 orang talah meninggal dunia iaitu enam kanak-kanak (Lelaki), empat kanak-kanak (Perempuan), 14 dewasa (Wanita) dan enam dewasa (Lelaki).
Pencarian masih diteruskan untuk mengesan tiga lagi mangsa yang tidak ditemui lagi.
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), Operasi Tanah Runtuh telah berjaya menemui mangsa yang ke 27,28,29 dan 30 pada jam 11.04 pagi iaitu empat mangsa tersebut di sektor C. Operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan.