Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan untuk membina kemudahan perniaga kecil di ibu kota terutamanya dalam menyediakan peluang, tempat dan kemudahan yang selesa buat peniaga-peniaga di seluruh ibu kota Kuala Lumpur.
Petang semalam Anwar telah hadir ke Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama wakil-wakil serta peniaga kecil dan badan-badan koperasi.
Ketika pertemuan itu, Anwar ada menyebut kota yang diami penduduk ini harus indah dan bersih malah tidak hanya untuk gedung-gedung dan konglomerat di pencakar-pencakar langit serta bank tetapi juga untuk penjaja dan peniaga kecil di bawah yang dilengkapi dengan kemudahan asas.
“Pagi tadi semasa pertemuan bersama pihak Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk pihak Bandaraya menekankan tekad ini dan cuba menyelesaikannya sesegera mungkin.
“Serta langkah ini mesti didukung oleh semua kementerian agar tumpuan pentadbiran saat ini ditumpukan kepada usaha untuk merakyatkan ekonomi.
“Saya mahu semua kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tidak hanya bicara soal rakyat tetapi mesti betul-betul memberi kerjasama dan dukungan agar rakyat yang susah di bawah dapat hidup dengan selesa dan sejahtera,”katanya.
Baca juga: Kisah Mercedes S600 dan MB Bercuti
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio