Prihatin terhadap musibah yang melanda Pantai Timur, Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil bersama dengan pelbagai pertubuhan telah mengambil inisiatif spontan dengan menggerakkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur setelah berjaya mengumpulkan pelbagai barang keperluan sejak tanggal 22 Disember lagi.
Menurut Faiz, kerjasama turut diberikan oleh Jawatankuasa Belia Pulau Pinang-Permatang Pasir, Pertubuhan Kebajikan dan Amanah Mutiara Pulau Pinang, TM Care for Community, AV Logistics, Mutiara Medic, SrWaheeda, Transocean, Sj Gemstone, TK Mega Logistic, Ikhtiary Group serta Trili Maju Sdn Bhd.
“Pengumpulan barangan keperluan selama dua hari tersebut berjaya direalisasikan apabila 3 buah trak trailer dan 10 buah kenderaan ‘picup’ digerakkan ke Kelantan dan Terengganu.
“Program ini turut mendapat sokongan dari Ambulans Mutiara Medic dan syarikat logistik dengan usaha mengumpulkan barang keperluan asas seperti beras, gula, lampin pakai buang atau pampers serta pad wanita.
“Selain sokongan dari NGO, dokongan juga diterima dari pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta serta penduduk Pulau Pinang dengan menempatkan segala barangan keperluan di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir selama dua hari,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional.