Rata-rata warganet mengkritik sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan tidak membantu kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Tun Mahathir yang tidak yakin PM Anwar berupaya memimpin negara ini juga mengingatkan netizen bahawa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
“Mahathir sepatutnya memilih untuk diam atau bantu pentadbiran dengan nasihat-nasihat yang lebih bernas. Bukan zahirkan benci dan iri hati,” ciap pengguna Twitter, @Edie57929225.
Dalam masa sama, orang ramai juga menyelar kecenderungan media perdana tertentu yang dilihat sengaja memberi peluang untuk bekas Perdana Menteri dua kali itu bersuara.
“Selagi media datang interview Tun M, selagi itu Tun M boleh keluarkan apa sahaja statement. Media yang bagi peluang Tun M untuk bersuara.
“Serangan Mahathir dengan bantuan media arus perdana hanya sebagai permulaan, media Malaysia never change,” demikian tegas @ViviVeyonce1 dan @gibaok25.
Menerusi laporan media itu juga, Mahathir turut mengaitkan pretasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu.
Dia mendakwa bekas timbalannya dalam Kabinet ketika itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.
Sehubungan itu, orang ramai turut mengingatkan Tun Mahathir supaya dia tidak mengusutkan keadaan sebaliknya membiarkan Anwar dan barisan Kabinetnya mentadbir dengan cara mereka.
“Dari zaman Tunku Abdul Rahman sampailah sekarang kerja dia (Mahathir) asyik jatuhkan Perdana Menteri je,” kecam @jajajers_.
Tidak kurang juga yang menggesa agar Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah bersiap siaga dengan mengelakkan kemungkinan taktik jahat rampasan mandat rakyat berulang.
“Nampak macam akan ada langkah-langkah babi akan dibuat. PH kena sediakan pasukan khas untuk lawan,” tegas @NurulChubby8.
Hal sama juga dibangkitkan @queen_imann yang menulis, “Mahathir dah mula serang Anwar. Percayalah, jika ada isu begini, mereka ada rancangan. Anwar dan pasukannya perlu berjaga-jaga.”
Baca juga Jika menteri Kabinet cemerlang 100 hari pertama seiring PM10, ‘tsunami’ PN mampu disekat