Durian jadi pilihan pemain badminton China, tak kisah bau busuk asalkan sedap

Oleh KIM SYAZIE

Jangan main-main dengan raja buah, pemain badminton dari China juga memilih durian Malaysia sebagai buah kegemaran untuk dinikmati sepanjang pertandingan Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2023. 

Pemain badminton, Zheng Siwei memuji durian Malaysia adalah antara yang tersedap pernah dicubanya.

“Durian Malaysia sangat bagus,” pujinya.

Menurut MSN, Siwei menyatakan ketakutan untuk makan semasa pertandingan tapi disebabkan terlalu suka dia akhirnya memilih untuk makan buah itu selang beberapa hari.

“Sewaktu pertandingan, saya rasa agak takut untuk makan terlampau banyak. Namun begitu, saya tetap akan makan. Saya baru sahaya memakannya semalam.

“Saya cuba untuk tidak makan banyak. Saya rasa kita boleh makan sedikit demi sedikit selang beberapa hari,” kata Siwei ketika ditemubual MSN.

Zheng turut berkata bahawa durian asal Malaysia ini sangat bagus sambil menunjukkan tanda suka dengan ibu jarinya.

Pendapat ini turut dikongsi pemain beregu campuran dari China yang berkata bahawa beliau amat meminati durian sebenar kerana mempunyai rasa yang lebih ‘natural’.

“Saya sangat menyukai durian. Saya lebih memilih durian berbanding manisan yang diperbuat dari durian. Saya lebih menikmati kerana ianya rasa lebih natural. Makanan di sini amat bagus,” kongsi Huang Dongping.

Durian rasa lebih ‘natural’

Untuk kejohanan yang berlansung di Axiata Arena kali ini, pemain badminton ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang terletak berhampiran dengan pelbagai jenis kedai makanan termasuk gerai yang menjual durian.

Baca juga: Hannah Yeoh dipuji menteri paling ‘function’ susulan tindakan tegas batal lesen jurulatih bola tampar