Pegawai Khas TPM Ramesh Rao meninggal dunia

Oleh MALAYSIADATELINE

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao meninggal dunia awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang selain menghargai khidmat bakti dan jasanya kepada masyarakat serta negara sebelum dan semasa berkhidmat.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi ini.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya.

Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, difahamkan akibat serangan jantung.

Pada 24 Dis lepas, Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, yang menjaga kepentingan dan permasalahan masyarakat India. 

— BERNAMA

Baca juga : Durian jadi pilihan pemain badminton China, tak kisah bau busuk asalkan sedap