Salah sebut air suam jadi air suami, Maryam undang gelak tawa warganet

Oleh KIM SYAZIE

Ramai tahu pempengaruh media sosial, Maryam Younarae tidak fasih berbahasa Melayu namun tidak menjadikan itu halangan untuk terus berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara ini.

Maryam dan suami Ryzal Ibrahim, lebih dikenali sebagai pasangan Malaysia-Korea di media sosial dan keletahnya bercakap bahasa Melayu seharusnya mendapat pujian.

Satu video dimuat naik akaun Twitter @leprincessaxo_ menunjukkan Maryam sedang minum air yang dibancuh sendiri.

Ketika disoal semasa live sama ada air itu dibancuh air suam, Maryam secara tidak sengaja terbaca ayat tersebut sebagai air suami.

Kelihatan wajahnya bingung memikirkan air suami apa yang dimaksudkan oleh orang yang meninggalkan komen tersebut.

Rupa-rupanya warganet menulis air suam dan Maryam hanya mampu tergelak dengan dirinya yang tersalah sebut.

“Oh air suam, cakaplah betul-betul, ingatkan pakai air suami.

“Ahh nak fikir kotor ni! Setan Keluar, setan keluar,” katanya sambil mengaku kesalahan sendiri.

Warganet terhibur melihatnya malah memuji penggunaan bahasa Melayu yang semakin baik.

“Dia cakap bismillah pun comel,” komen pengguna Twitter @shadeasyraf.

“Loghat Melayu dia juga semakin baik,” komen pengguna lain @mzzzzz0412.

“Tak tahanlah dengar bahasa Melayu dengan Korea, rasa kelakar,” komen pengguna @thygkol13.

Baca juga: Lagi kes Mat Saleh mengemis duit di kaki lima, rakyat Malaysia gesa imegresen segera ambil tindakan