‘Hijrah’ ke Arab Saudi, Cristiano Ronaldo dapat hadiah bernilai RM3.3 juta

Oleh KIM SYAZIE

Penyerang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dianugerahkan jam tangan bernilai RM3.3 juta sebagai pengiktirafan atas perpindahannya ke kelab Al-Nassr.

Ronaldo sebelum ini dianggap ‘turun kelas’ apabila membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab bola sepak asal Arab Saudi itu.

Hal ini lantaran pemain itu dilabelkan tidak laku lagi di benua Eropah setelah menamatkan kontraknya dengan Manchester United.

Menjelang usia 37 tahun, percaturan Ronaldo nampaknya mengena apabila beliau dihadiahkan seutas jam tangan edisi terhad berjenama Jacob and Co.

Jam tangan yang diterima Ronaldo.

Jam yang diberi bagi menyambut perpindahannya ke kelab Arab Saudi itu bertatahkan 338 batu permata yang sangat jarang ditemui.

Datang dengan tali kulit buaya berwarna hijau, jam itu diperbuat dari emas putih seberat 18 karat.

Permata yang dipilih bagi menghiasi jam itu merupakan ‘tsavorite’ atau batu lut sinar paling mahal yang lebih berkilau berbanding zamrud dan berharga tinggi.

Pada disember lalu, bintang Protugal itu telah menandatangani kontrak bersama Al-Nassr selama 2 tahun setengah dan menerima bayaran sebanyak RM761.3 juta.

Nombor jersi Ronaldo bersama kelab barunya, Al-Nassr.

Sepanjang kontraknya berlansung, Ronaldo akan menerima sehingga 1.2 bilion pound atau RM5.28 bilion sekaligus menjadikannya pemain termahal di dunia.

“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan, membantu pasukan mencapai lebih banyak kejayaan,” kata Ronaldo.

Baca juga: Kecam Amalan Poligami, Nora Ariffin Gesa Netizen Berhenti Sebelum Memakan Diri