Seorang wanita menerima kecaman apabila komennya tentang berita keguguran anak Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah tular di media sosial.
Pemilik akaun bernama Siti Farisyah itu bertindak meninggalkan komen mengenai pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di akaun Instagram milik Nurul Izzah.
Yang memburukkan keadaan, wanita tersebut dikatakan melampaui batas kerana meninggalkan komen tersebut di bawah berita duka.
“Dato Seri tolonglah dengar rintihan rakyat, Dato sekarang pun diatas (diundi) oleh rakyat termasuk saya. Apalah salah Dato Seri luluskan pengeluaran KWSP yang merupakan titik peluh rakyat sendiri.
“Kerajaan Dato Seri bangang ini akan dikenang rakyat sebagai sebuah kerajaan sepenggal TERHAPRAK di negara ini kalau Dato Seri terus ego menolak tuntutan rakyat.” komennya.
Rata-rata pengguna media sosial berpendapat wanita tersebut tidak patut meninggalkan komen sedemikian di bawah postingan Nurul Izzah yang sedang bersedih.
Mereka berpendapat wanita tersebut perlu belajar adab kerana tanpa empati, telah meninggalkan kata-kata kesat yang memberikan kesan di hati orang lain.
“Sesuatu yang sangat tak patut. Inilah takrifan ZALIM yang sebenar; meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.” Kongsi pengguna bernama Zagreyb.
Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkongsi khabar duka mengenai kehilangan anak yang dikandungnya akibat keguguran.

Menurut Izzah, beliau kehilangan anak keempatnya itu ketika sibuk berulang alik dari Pulau Pinang ke Putrajaya.
Walaupun bersedih namun Izzah dan suaminya, Yin Shao Loong menerima berita itu dengan redha.
Baca juga: Nak Pergi Umrah Ke Melancong? Lelaki Geram Influencer Sibuk Selfie Depan Kaabah