Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).
MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daerah yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
Dalam kenyataan sama MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku sehingga Isnin ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Kuantan dan Pekan) manakala Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru).
Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) sehingga Isnin ini.
— BERNAMA
Baca juga : Hujan lebat berterusan diramal landa 4 negeri hingga Isnin
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio