Sebelum ini timbul isu kritikan pedas yang diberikan penyanyi dangdut, Mas Idayu kepada Sissy Iman hingga menyebabkan wanita itu membatalkan pelancaran album.
Pada minggu ini Mas Idayu atau lebih senang digelar ‘mummy’ memilih untuk mengunci mulut kerana bimbang komennya disalah erti.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh juri Famili Duo tersebut, komposer Ajai pada permulaan pertandingan namun ada peserta yang merayu untuk diberikan komen oleh ‘mummy’.
Ketika disoal pengacara, Janna Nick sama ada pasangan tersebut mahu merayu komen juri, Naim berkata ia terpulang kepada juri.
“Ini adalah sebuah persembahan hiburan keluarga. Terpulang kepada juri untuk menilai persembahan.
“Kami di sini berdiri sebagai penyanyi dan pemuzik agar dapat dinilai dengan keterbukaan hati,” katanya menjawab soalan pengacara tersebut.

Sissy Iman dan Naim Daniel bertanding dalam Family Duo pada minggu ini dengan membawakan lagu Pening nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Ezlynn.
Walaupun tidak memberi sebarang komen, Mas Idayu memberikan pasangan tersebut lapan daripada 10 markah.
Kata-kata itu sangat tajam, apatah lagi apa yang diucap tidak boleh ditarik balik. Jadi berfikirlah sebelum bercakap bimbang ia mampu melukakan hati yang lain.
Baca juga: Mas Idayu dianggap beri komen ‘membunuh’, Sissy Iman batal lancar album sulung