Sebuah video rakaman papan pemuka (dashcam) yang memaparkan seorang wanita menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ tular di media sosial semalam.
Menerusi video tersebut, wanita terbabit dilihat baru sahaja keluar dari laluan tempat letak kereta bawah tanah (basement parking).
Setelah berjaya melepasi lorong susur keluar tempat letak kereta itu, wanita terbabit kemudian mengangkat tangan ke arah pemandu yang berada di sebelah kanannya.
Terhalang dengan cermin kereta dan situasi kejadian yang berlaku di malam hari, isyarat tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas.
Disangkakan ingin mengucapkan terima kasih, wanita itu kemudian menurunkan tingkapnya dan memberikan isyarat tersebut sekali lagi kepada pemandu itu.
Rupa-rupanya wanita itu sebenarnya bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ ke arah kenderaan yang telah memberi laluan kepadanya.
Rakaman tersebut bagaimanapun telah dipadam oleh pemilik asal ciapan berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kekecewaan kerana pelaku yang merupakan wanita bertudung itu tidak menggambarkan akhlak sopan sepadan dengan penampilannya.
Namun begitu, ada juga pengguna yang berpendapat pemilik video itu sengaja ‘play victim’ dengan menyebarkan rakaman yang pendek.
“Tapi aku rasa kereta dashcam ni yang salah, orang tuh dah keluar hampir suku kepala kereta. Kau tengok dia brek pon boleh tahu sampai turun bahagian depan kereta,” kongsi pengguna bernama Fisha Aznan.
“Dah terang-terang nampak dia nak keluar tapi masih tekan minyak. Memang kena carut la owner dashcam ni. Tak perlu play victim la kononnya dia bagi jari tengah,” kongsi pengguna lain.
Baca juga: Amelia Henderson dimaki peminat tak jawab soalan ‘awak kacukan apa?’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio