Konsert AR Rahman dibanjiri peminat, atlet negara dikecam tinggal komen ‘bau best lah kat dalam tuh’

Oleh KIM SYAZIE

Atlet hoki negara, Hanis Onn berdepan dengan kritikan orang ramai berikutan komennya mengenai konsert AR Rahman tular di media sosial baru baru ini.

Hanis yang berusia 27 tahun itu bertindak meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum berkaitan acara yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu.

Kata Hanis, stadium yang dipilih oleh penyanyi asal India tersebut bakal dipenuhi dengan bau yang tidak menyenangkan.

Pemilik nama Hanis Nadiah Onn itu seolah-oleh meletakkan label kepada penonton yang umumnya berbangsa India itu mempunyai masalah bau badan.

Kejahilan atlet tersebut memakan diri apabila komennya itu mendapat perhatian dan ditularkan orang ramai.

“Bau best lah kat dalam tuh,” komen Hanis dalam postingan kosmo_online yang memaparkan suasana Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023.

Hanya dalam waktu yang sekejap, komen itu telah tersebar dan menyakiti hati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Tindakan Hanis diselar khususnya di sosial media kerana telah menyampaikan mesej berbaur perkauman.

Susulan kemarahan itu, Hanis sedar dan mengakui kesilapannya dan segera memohon maaf atas kertelanjurannya dalam penulisannya di Instagram itu.

“Saya Hanis Nadiah Onn pemain hoki negara penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab memohon maaf di atas satu hantaran komen yang di muat naik secara sedar oleh saya pada 28 Januari 2023.

“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,” ciapnya di akaun Twitter.

Ciapan permohonan maaf di aplikasi Twitter

Pada 28 Januari lalu, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman telah menganjurkan konsert yang dibanjiri oleh 60,000 peminat bagi menyambut ulang tahun ke 30 perjalanan karier muziknya.

Baca juga: Wanita Tunjuk Jari Tengah Lepas Diberi Laluan, Netizen Tegur Tak Sopan Dengan Imej Bertudung