Seorang wanita mendapat perhatian di media sosial apabila mencadangkan penyanyi dan pelakon terkenal, Aliff Aziz untuk memakai purdah.
Hal ini berikutan dirinya sudah penat mendengar gosip dan berita kemelut rumah tangga pelakon asal Singapura itu.
Ciapan di akaun media sosial Twitter wanita yang dikenali sebagai Z itu telah menerima lebih 55 ribu tontonan dan 528 tanda suka.
“Aliff ni pakai niqab jela. Manjang isu perempuan je,” ciapnya.
Cadangan wanita tersebut merupakan reaksi dari berita terbaharu mengenai kemelut rumah tangga Aliff yang masih diganggu orang ketiga.
Baru-baru ini, isteri Aliff, Bella Astillah membuat pendedahan bahawa seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya.
Katanya, wanita tersebut kerap menghubungi Aliff selepas waktu pekerjaan dan mengaku menyukai Aliff apabila ditanya.
“Saya ada berhubung dengan pelakon tersebut. Dia minta maaf, dia kata dia bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia mesej dan Whatsapp saya tanpa henti, dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.
“Sekarang makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati.” Ujar Bella.
Untuk rekod, Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Baca juga: Dikecam Kerana Babak Merendahkan Wanita, Warganet Anggap Lakonan Maszlee Malik Berjaya