Terlajak Viral, pemain bola sepak Turki jadi perhatian kerana muka seiras Aliff Syukri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemain bola sepak liga Turki, Salih Ucan menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial Malaysia baru-baru ini.

Hal ini kerana, wajah atlet yang lahir pada tahun 1994 itu saling tak tumpah dengan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ramai yang tidak menyangka usahawan yang terkenal dengan slogan Terlajak Laris itu mempunyai ‘kembar’ di negara yang terletak di sempadan Asia dan Eropah itu.

Salih Ucan yang merupakan ‘midfielder’ atau pemain tengah buat kelab Turki, Istanbul Basaksehir itu turut berkhidmat sebagai pemain kebangsaan negara itu.

Bagai pelanduk dua serupa gambar yang dimuat naik akaun No Context Football itu tular dalam masa sekejap sahaja.

bola sepak

Setakat ini, hantaran gambar dari akaun parodi bola sepak tersebut telah memperoleh lebih 450,000 tontonan dan 2795 tanda suka.

Rata-rata pengguna media sosial sangat kagum dengan penemuan itu dan mencadangkan pemilik perniagaan D’herbs untuk menaja pemain tersebut.

Oleh kerana Aliff Syukri dilihat banyak menceburi bidang baharu seperti lakonan dan nyanyian.

Peminat bola sepak turut berseloroh agar ahli perniagaan itu terjun ke industri sukan.

“Kosmetik dah cuba, berlakon dah cuba, menyanyi dah cuba. Apa salahnya bagi peluang main bola pula,” kata pengguna sosial bernama Nazrif.

“D’herbs kena taja player ni,” kongsi pengguna bernama MDaud Yusof.

“Macam Aliff tapi ucan (bukan),” seloroh seorang pengguna.

Baca juga: Buat berita tak selidik, portal atas talian dikecam sebar benda palsu