Sama cantik sama padan, pelakon Rashidi Ishak pilih penerbit dan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin sebagai isteri untuk tamatkan zaman duda.
Majlis pernikahan tersebut dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, semalam.
Berita gembira itu dimaklumkan jurusolek dikenali sebagai Mas Hashim menerusi laman Facebook.
Menerusi hantaran berkenaan, jurusolek itu memuatkan foto Rashidi berbaju Melayu putih lengkap dan duduk di sisi Wan Hasliza yang mengenakan baju kebaya dengan warna sama.
“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya.
Sebelum ini Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran namun bercerai pada tahun 2018 selepas 17 tahun bersama
Baca juga: Jumpa lintah di hidung masa nak ‘selfie’, wanita siap boleh gelak lagi