‘Vin Diesel’ beli ikan pakai kurta, warganet tanya dah masuk Islam ke?

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki bertubuh sasa tular di Malaysia baru-baru ini kerana memiliki rupa yang seiras dengan pelakon aksi Hollywood, Vin Diesel.

Ketinggian dan badan yang ‘sado’ juga membuatkan lelaki yang lengkap berpakaian kurta itu saling tak tumpah dengan pelakon yang lebih dikenali sebagai Toretto.

Filem bersiri lakonannya, Fast and Furious merupakan filem yang sangat popular dan mempunyai ramai peminat di negara ini.

Oleh yang demikian, gambar lelaki warganegara Pakistan itu terus menjadi perbincangan khususnya di kalangan pengguna sosial media.

Lelaki itu dilihat sedang membeli ikan dipercayai ikan Baung di gerai tepi jalan yang menjual barangan basah seperti makanan laut.

Vin Diesel
gambar yang tular

Tidak didedahkan lokasi sebenar gambar itu, namun gerai itu difahamkan berada di sebuah kampung di Malaysia.

Rata-rata pengguna media sosial teruja dengan penemuan itu dan merasakan bahawa lelaki itu antara yang paling seiras dengan Toretto.

Menurut seorang pengguna bernama Ramdev berpendapat perlakuan lelaki itu menggambarkan sifat Toretto yang mengutamakan kekeluargaan.

“Seorang ‘family man’ beli ikan di pasar. Sangat umum dilakukan oleh semua lelaki yang menyayangi keluarganya,” katanya.

“Dia beli tu dia ada cakap tak ‘for family” tak dekat tauke kedai tu?,” tanya pengguna lain.

Seorang pengguna turut berseloroh dengan menggelarkan lelaki itu sebagai Van Petrol.

Baca juga: Sudahlah kacak, oppa Korea ini pandai pula cakap Melayu